INFO MINDA


Get ShoutBox like this?
Click di Here
Info Minda [Close]

Lelaki Malu Untuk Mengaku

11 April 20110 Komen

Lelaki
Kajian mendapati banyak kesakitan badan yang tidak dapat diterangkan mempunyai kaitan rapat dengan kemurungan dan apa yang menyedihkan ialah kebanyakan pesakit tidak sedar masalah ini. Kemurungan berlaku apabila keseimbangan bahan kimia otak terjejas. Sesetengah bahan kimia ini memainkan peranan penting dalam menentukan rasa sakit dan pakar perubatan percaya tahap dan jenis kesakitan akibat kemurungan ini berbeza antara individu. Kesakitan yang anda alami bukanlah sekadar 'ada dalam kepala atau hanya mainan fikiran' tetapi ia benar-benar berlaku dan anda perlu mendapatkan rawatan untuk menghilangkan kesakitan berkenaan. Masalah kemurungan yang biasanya dikaitkan dengan wanita turut berlaku pada lelaki. Malangnya bagi lelaki mengakui mereka mengalami tekanan masalah kesihatan mental dianggap perkara memalukan kerana budaya di seluruh dunia melihat lelaki sebagai individu kuat yang tidak seharusnya kalah terhadap tekanan.

 CREDIT TO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Info minda - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger